Tuesday, May 11, 2010

Sekeping Hati...

Posted by Cinta Hatiku at 10:22 AM
Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu.. atau peritkah hatimu.. atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..

Apakah yang menyebabkan sakit hatimu.. atau derita hatimu.. ataupun fikiran keliru..
Bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. Pecahnya hatimu..
Mungkin itulah yang Dia mahukan..Kerana Dia tahu, HATI yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

Wahai HATI..
Berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..
Walaupun hidup ini tak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak mampu lagi bertahan..
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
Hiduplah dalam iman walau hidup di penuhi godaan..
Dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman..

INGAT la wahai HATI..

"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengharaplah kepada Allah semata-mata.."

Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..
Aduhai HATI..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..Di sana kekal abadilove..
Aduhai HATI..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNyalove..
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..
Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..
Aduhai HATI..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..
Aduhai HATI..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai HATI..menangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..Photobucket
Pasti kau temui jalannya nanti..
Wahai HATI..usahlah bersedih lagi..
Carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
Moga kasihNya, menyinari hari-hari yang menanti..

Credit to Ain Masturah Photobucket ..
www.tips-fb.com

2 comments on "Sekeping Hati..."

biztoone on May 11, 2010 at 12:28 PM said...

hadapi dengan senyuman

senyumlah pada takdir. insyaALLAH takdir akan tersenyum padamu kelak :)

Cinta Hatiku on May 11, 2010 at 1:38 PM said...

mari senyum :D