Tuesday, April 17, 2012

Surah Al Hujurat Ayat 12

Posted by Cinta Hatiku at 12:40 PM 0 comments

Wahai orang-orang yang beriman Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati

Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut
dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.



Photobucket
Pengajaran Dari Ayat
seorang Islam yang beriman
seharusnya tidak menzahirkan sebarang anggapan buruk
terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis
dari Rasulullah SAW yang dilapurkan oleh Abu Hurairah
Allah SWT tidak akan melihat niat buruk seseorang itu
sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya
.riwayat Bukhari dan Muslim.

Dilapurkan, berkata Umar Al-Khattab
Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan,
fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja
dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga
riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik

Ayat ini imulakan dengan larangan AllahSWT terhadap mengumpat
yang lahir dari perasaan syak-wasangka.
Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama
yang meruntuhkan persaudaraan ukhwah sesama Islam.

Rasulullah SAW pernah ditanya
Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu
Rasulullah SAW menjawab,
Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka
ditanya lagi
Bagaimana kalau ianya benar
Rasulullah SAW menjawab
Sekiranya apa yang kau katakan itu benar
engkau telah melakukan ghibah
dan sekiranya tidak, engkau telah melakukan fitnah


: Semoga diberi petunjuk dan hidayah. selamat beramal
www.tips-fb.com

Monday, April 16, 2012

Tentang Darwisy - Kebenaran Yang Tak Diduga

Posted by Cinta Hatiku at 6:05 PM 2 comments
Assalamualaikum semua
setelah bulan berulang alik
jumpa pakar paediatrik
akhirnya little rascal kena masuk jugak wad
atas sebab dibawah
click untuk ketahui lebih lanjut

. high ALP Alkaline phosphatase
. elevated liver enzymes
. E-coli virus

kalau tengok picture
budak buyat kat atas ni
confirm mesti ckp cam tak sakit kan
semua ni bermula
bile doktor kat klinik ibu dan anak
bitau masih ada kuning dimuka darwisy
masa age month plus
actually memang nampak pun
tp before this check darah
dari age hari sampai la age month plus
bacaan kuning dia tak tinggi
so as a mother yg concern
saya tanye la should be berape bacaan darah
for baby after month
doktor pun mention mesti bawah 100
so saya pun terus gi ke klinik kesihatan cheras
untuk check kuning darwisy
masa kat klinik bleh plak mereka disana
buat muka terkejut
ye la baby darwisy masa tu dah month plus
pekejadahnye nak check kuning lagi kan
so bile saya mention saya risau
kot ada la yg tak kena dgn baby darwisy
sebab prolonged jaundice memang kena pantau
bile dapat result darah
bacaan dia 128
doktor kata tak perlu risau
tapi saya risau jugak
so saya request doktor untuk rujuk pakar paediatrik
masa tu doktor tu kata tak perlu
dia saran kan saya dtg balik
untuk repeat balik ujian darah next week
bile next week tu dtg balik ujian darah tetap sama
nak tak nak doktor tulis gak surat rujuk ke pakar peadiatrik
atas desakkan saya
so lepas amik
appointment hari pertama dtg pada 4/1/2012
bermula la si darkula² di klinik peadiatrik
menjalankan tugas mereka
tak cukup dengan darah..air kencing juga diambil
sakit woOoo
26/1/2012 tarikh review darah dan urine
keputusan tidak la memberangsangkan
ujian urine FEME semua ok
kecuali ujian urine CTS ada E-coli virus
darah plak untuk
bacaan ALP menunjukkan 465
bagi baby yang sihat normal should be 300
bile dah camtu
doktor suruh repeat lagi
before balik amik lagi
darah and air kencing
sepanjang check darwisy ni
takde demam..tekanan darah semua normal
9/2/2012 review darah yg diambil
pada 26/1/2012 menunjukkan peningkatan pada ALP
bacaan meningkat menjadi 681
dan urine tetap ada E-coli virus
keputusan doktor repeat lg ujian
haish~ tu je la keje diorg
tp kalini urine kena tangkap
tak dicucuk lagi
lega ckit
on 23/2/2012 bile review tgk keputusan sama
dan ALP makin meningkat menjadi 714
doktor suruh start dgn antibiotik
syrup cefuroxime 60mg
selama hari
dan selama tu la baby darwisy cirit birit
rd days taken saya bawak ke emergency
sbb darwisy dah start nak dehydrate
tapi doktor pakar suruh continue jugak
bile dah habis antibiotik 6/3/2012
appointment tuk amik darah & air kencing lagi
pastu scan abdomen plak
bile semua dah buat 28/3/2012 hari tuk review
keputusan scan nampak normal
alhamdulillah
tapi ALP still 651.. tak turun banyak
kalau tgk bacaan ALT semua normal
so kena repeat lagi ujian
kalau still sama jugak mungkin akan dimasukkan ke wad
on 5/4/2012 keputusan tetap sama
dan darwisy dimasukkan ke wad
untuk rawatan IV cefuroxime selama hari
maknanya
ahhh takde makna nyaaa
erti kata lain berkampung la mama darwisy di wad 4B
untuk antibiotik yg sama
cuma beza ia masuk melalui darah jer
tapi tak sampai hari pun
hari jer sebab Mr. Papa
tak dapat cuti lelama
so balik rumah continue same antibiotik
syrup cefuroxime 60mg
selama hari

darwisy dgn papa before admitted at wad 4B

day .. baru lepas kena cucuk

day .. service bertukar tangan..kena cucuk lagi
day ..finally i'm home..after last antibiotic at 6 pm

home sweet home

: thanks to all staff nurse and doctor at ward 4B Hospital Ampang especially doktor pakar peadiatrik doktor kerry and doktor rashidah jumpa lagi on wednesday 18/4/2012 untuk amik darah test vitamin D and air kencing E-coli virus
www.tips-fb.com