Saturday, September 1, 2012

Telur Dadar Berinti Udang Geragau

Posted by Cinta Hatiku at 2:57 PM 1 comments
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semua
harini saya nak share resepi baru
resepi ilham dari suami tersayang
camne datangnya resepi ini
hoho tak tertanya la pulak
bile tengok resepi ni kan
mcm resepi ala ala korea gitu
jom tengok resepi saya

telur dadar berinti udang geragau

bahan²
biji telur
sedikit udang geragau segar
sedikit hirisan dadu capsicum merah dan hijau
biji bawang kecil dihiris dadu
sedikit tomato dihiris dadu
sedikit garam dan pepper

cara²
pukul telur dan masukkan semua bahan
kacau sebati
panaskan pan dan masukkan sedikit minyak
masak dan terbalikan bila dah masak

Photobucket
senang dan mudah kan
anak² anda pasti akan gemar
dan mintak lagi

: dimusim perayaan ni confirm mesti muak kan asyik makan rendang dan ketupat ajer bile dtg open house..nak masak mesti malas kan..so amik la menu yang senang ni..
www.tips-fb.com

Masih Belum Terlambat Kan(?)

Posted by Cinta Hatiku at 2:16 PM 0 comments
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Assalamualikum semua
lama tak date blog ni
rasa nya since puasa kot
harini pun dah masuk minggu ke
kita beraya kan
so rasa nya masih belum terlambat lagi
untuk saya mengucapkan
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
dan Salam Aidilfitri untuk semua
dikesempatan ini
saya memohon ampun dan maaf
jika ada kesalahan yang saya lakukan
yang menguris atau menghiris
secara sengaja atau tak sengaja
semasa anda membaca blog saya
semoga Allah sentiasa memberkati
dan melimpahkan rahmat keatas anda semua

my little rascal berhari raya

: saya berharap saya dan anda dah melakukan yang terbaik untuk ramadhan tahun ini ..dan berharap akan bertemu ramdhan tahun hadapan..insya Allah..

www.tips-fb.com

Tuesday, July 17, 2012

Owh So Muslim : Rukun Islam

Posted by Cinta Hatiku at 5:07 PM 1 comments
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semua
saya cukup berkenan dgn OSM nya dakwah
simple dan senang untuk mengajar anak²
melalui gambar sahaja
cute cute plak tu
actually lama saya cari OSM ni
dari tahun 2010
saya mula mengenali OSM ni dari
youtube kak wardina
siapa lagi celebrity chomey idola saya
youtube tu tentang syoknya puasa
buku kecil tentang ramadhan yang diberi untuk amna
at last dapat jugak cari OSM kat internet
so harini nak share perkara dalam rukun islam
so mommies bleh la tunjuk kat anak anak


Pertama : Mengucap kalimah syahadah
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya". Dengan syahadah kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan Nabi Muhammad itu adalah rasulNya.

Kedua : solat waktu sehari
Dengan menunaikan sembahyang kita telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga kita menyembah kepadaNya. Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telingan dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Ketiga : Puasa dibulan ramadhan lagi hari jer lagi
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Keempat : Mengeluarkan Zakat
Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

Kelima : Menunaikan Haji
Dengan mengerjakan haji kita telah membuktikan kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang sejati. Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata untuk Allah.


: Picture credit to OSM
www.tips-fb.com