Tuesday, July 17, 2012

Owh So Muslim : Rukun Islam

Posted by Cinta Hatiku at 5:07 PM 1 comments
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semua
saya cukup berkenan dgn OSM nya dakwah
simple dan senang untuk mengajar anak²
melalui gambar sahaja
cute cute plak tu
actually lama saya cari OSM ni
dari tahun 2010
saya mula mengenali OSM ni dari
youtube kak wardina
siapa lagi celebrity chomey idola saya
youtube tu tentang syoknya puasa
buku kecil tentang ramadhan yang diberi untuk amna
at last dapat jugak cari OSM kat internet
so harini nak share perkara dalam rukun islam
so mommies bleh la tunjuk kat anak anak


Pertama : Mengucap kalimah syahadah
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya". Dengan syahadah kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari serta pengakuan dari lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu hanyalah Allah s.w.t. sahaja dan Nabi Muhammad itu adalah rasulNya.

Kedua : solat waktu sehari
Dengan menunaikan sembahyang kita telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga kita menyembah kepadaNya. Dimulai dengan lidah yang menyebut, tangan yang bergerak, mata, telingan dan fikiran yang berpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Ketiga : Puasa dibulan ramadhan lagi hari jer lagi
Dengan berpuasa kita telah mengekang hawa nafsu dan segala keinginan kita terhadap makanan, minuman dan menjauhi segala larangannya semata-mata kerana Allah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Keempat : Mengeluarkan Zakat
Dengan mengeluarkan zakat kita telah mengabdikan diri kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

Kelima : Menunaikan Haji
Dengan mengerjakan haji kita telah membuktikan kepada Allah bahawa kita telah melengkapkan diri sebagai seorang muslim yang sejati. Segala keperitan, dugaan dan cabaran diterima dengan rela dan sabar hanya semata-mata untuk Allah.


: Picture credit to OSM
www.tips-fb.com

Sotong Oh Sotong

Posted by Cinta Hatiku at 3:42 PM 0 comments
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum semua
amacam lagi hari jer lagi
dah persiapkan diri nak sambut ramadhan
bagi mommies yg breast feed atau pun pregnant
please siapkan diri anda dgn pemakanan yang betul
semasa sahur yer
agar tidak letih dan lesu
cam saya plak
dah siap beli soya dan kurma
untuk memberi tenaga yang lebih
selain dari makan nasi ketika sahur
kalau takmo makan kurma gantikan dgn pisang
soya plak saya amik
sebab saya tak suka minum susu
hehehe
jangan jadi mcm saya
kurang kalsium nanti
lah entri kali ni
saya nak share resepi masakkan sotong
actually banyak resepi sotong
ada sotong masak hitam
sotong masak sambal
tp saya nak share resepi
yang saya masak dan sempat amik gambar ajer
kalau diikutkan
lama jugak saya tak makan sotong
since pregnantkan darwisy
tekak tak leh telan sotong
salah satu pembawakkan yg lain
sebab masa time aiman dan mia tak plak
bleh jer makan cam biasa
paling fav kalau dapat telur sotong
haish susah sekarang ni nak dpt telur sotong
so, jom
tgk resepi dari dapur saya

sotong goreng kunyit

bahan²
sotong yang dipotong
kunyit hidup sebesar ibu jari ditumbuk
sudu kunyit serbuk
biji bawang merah dihiris kasar
ulas bawang putih di cincang
cili merah dan cili padi ikut suka hati nak pedas mane
garam dan gula secukup rasa

cara² membuatnya
gaulkan sebati sotong
dgn kunyit serbuk dan kunyit hidup
letakkan sedikit garam
goreng sotong dgn minyak panas
pastikan kuantiti minyak sama banyak dgn sotong
angkat sotong apabile sudah separuh masak
dan panaskan kuali lain
letak sedikit minyak dan tumis
tumis bawang merah, bawang putih dan cili
kemudian masukkan sotong sahaja
tak perlu masukkan kuah sotong yang digoreng
kacau rata masukkan garam dan gula secukup rasa

mudahkan
ok jom tgk resepi ke plak

sotong masak cili

bahan²
cm kunyit hidup
cm halia
biji cili merah
biji bawang besar
ulas bawang putih
sedikit belacan yang dibakar
tumbuk semua bahan diatas
sotong yang dipotong

cara² membuatnya
tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
masukkan sotong
dan masukkan garam dan gula secukup rasa
saya agak malas harini so saya blend jer

Photobucket
selamat mencubaaa

: tips penting sotong akan mengeluarkan air..pastikan anda tos sotong dahulu baru dimasak

www.tips-fb.com