Sunday, May 18, 2008

Mari Memasak...

Posted by Cinta Hatiku at 11:54 PM
Hari ni sebenarnye sy malas nak masakPhotobucket..tapi kalau tak masak tak makan la gamaknye..Wahh!! mcm tak leh beli kat kedaiihikhik..tapi kalau beli kat kedai bukan sedap kan...so, arie ni sy nak kongsi resepi yang sy hidangkan untuk hari ini..


PhotobucketAsam Pedas Ayam (Hidangan untuk 3 orgPhotobucket


Bahan A

  • 8 tangkai cili kering dibuang biji
  • 3 ulas bawang kecil
  • 1 ulas bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1cm kunyit
  • 1 batang serai
  • sedikit belacan

Bahan B

  • 3 ketul peha ayam (ikut suka korang la nak mkn bahagian mana)
  • 5 tangkai daun kesum
  • sedikit asam jawa dibancur dgn 2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • sedikit minyak masak
  • lada hitam (ditumbuk)
  • sedikit garam dan ajinamoto

Cara-caranya

Kisar Bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan A yang telah dikisar tadi dengan lada hitam..tunggu sampai naik bau dan garing..dan masukkan asam jawa yang telah dibancur dengan air..Apabila sudah mendidih masukan ayam..biarkan sehingga ayam hampir masak dan masukkan asam keping,daun kesum...dan akhir sekali sedikit garam dan ajinamoto.

PhotobucketAsparagos goreng ikan masinPhotobucket

Bahan

  • 1 ulas bawang putih yang dicincang
  • 1 tangkai cili merah yg dihiris
  • sedikit sos tiram
  • 2 cm ikan masin dicincang (ikut korang la nak ikan ape..janji masin)
  • Asparagos
  • sedikit air
  • sedikit minyak masak

Cara-caranya

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah bersama ikan masin..apabila hampir garing masukkan sedikit air (tujuan air ni supaya sos tiram tu dapat sebati la ...)baru masukkan sos tiram..kemudian masukan asparagos

(kalau nak lagi best tambah la udang...tapi udang tu letak masa korang tumis bawang putih dgn ikan tadi) motif tak letak udang sbb dlm minggu ni dah banyak makan udang.. almaklumla..fav anak sy si aiman tak kesah niihikhik...

Tu je la resepi sy untuk arie ni..puan puan dah masak ni jangan lupa masak nasiPhotobucket..nangis org yang nak makan..makan lauk aje...tak baik tau tuk kesihatan...

www.tips-fb.com

0 comments on "Mari Memasak..."