Resepi mudah dan cepat untuk dimakan ..dan berkhasiat...resepi ni kakak sy yg stay kat singapore yg ajar masa sy belum berkahwin lagi...ape² pun ...
selamat mencuba...
Cara²
Mula-mula goreng tauhu yang dipotong dadu hingga masak..Kemudian basuh dan goreng lada kering yang di gunting serong dgn sedikit minyak...asingkan lada kering tadi..dan tumis bawang putih..apabila naik bau masukkan ayam tanpa tulang yang di potong kecil..tunggu hingga setengah masak..masukkan sedikit kiub pati ayam, sos tiram dan sos kicap pekat..dan sedikit air...kacau hingga rata..dan masukkan cendawan butang...apabila ayam sudah hampir masak masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi...apabila mendidih..masukkan tepung jagung yang dibancur dgn sedikit air...kacau hingga sebati dan apabila mendidih..tutup api dapur dan sedia untuk dia hidangkan...
Tips Berguna ...
* Untuk kepelbagaian..korang bleh mengantikan ayam dgn udang atau daging...dan Cendawan Butang bleh ditukar dengan Brokoli atau kacang peas...
* Bleh juga ditambah dgn kacang gajus
0 comments on "Ayam & Tauhu dengan Cili Kering"
Post a Comment