Disebabkan hari ini dalam sejarah..sy masak special harini..ikutkan orang baru sebulan lebih bersalin tak digalakkan buat kerja..tapi sy ni larong jer dik oit..so, jangan la tiru aksi sy ni..Seblum ni time nak celebrate ni sy, hubby dan aiman mesti gi makan luar..gi tengok wayang..tapi kali ni tak dapat la nak tgk wayang..sebab mia masih kecik lagi..kang terkejut plak dia..Korang mesti nak tau sy masak ape kan?? Hah..!! ni la menu special sy..sy bg resepi lagi tuk korang salin..mane tau ngidam nak makan..tapi takde majlis orang kawen..
Nasi Minyak
Bahan² tuk 6 hidangan
4 pot Beras Basmathi
1/4 tin Susu Cair
Air mengikut sukatan beras
4 ulas Bawang merah dan 1 ulas bawang putih yang diblend
Rempah penumis
Minyak Sapi dan minyak masak
Daun Pudina
2 titik pewarna kuning
Garam
Cara²nya
Basuh beras dan toskan..Tumis rempah penumis dengan minyak sapi dan minyak masak sedikit dan masukkan bawang yang telah diblend..tumis sampai naik bau..masukkan garam secukup rasa..kemudian masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras..masukkan beras..dan biarkan ia masak..(tips: kalau nak masak pakai rice cooker mcm akak buat pun bleh..senang..tinggal ajer..Nasi tak berkerak..)bile dah masak..letakkan pewarna dan daun pudina..kacau rata..dan biarkan seketika..
Ayam Masak Merah
Bahan²
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Belacan
Buah keras
*(semua bahan diatas di blend)
6 ketul Ayam yang digoreng dgn kunyit
Lobak merah
Santan
Tomato puri
Serai yang dititik
Tomato (taknak letak pun takpe)
Daun Pudina
Kacang peas
Rempah Penumis
Garam dan Ajinamoto
Gula
Cara²nya
Tumis rempah penumis, serai yang dititik dan bahan yang diblend dengan minyak dan sedikit minyak sapi sampai naik bau..masukkan tomato puri dan kacau rata..kemudian masukkan lobak merah dan santan..biarkan sampai lobak hampir empuk..dan masukkan ayam..bila kuah hampir kering baru masukkan tomato, garam, gula dan ajinamoto..Hidangkan dengan daun pudina dan kacang peas..(akak tak letak pun..sebab cari daun pudina takde..)
Penchuk
Bahan²
Nenas
Timun
Bawang besar
Lada merah
Garam
Gula
Cuka (tak letak pun takpe..akak tak letak pun..)
Cara²
Gaul semua bahan dan simpan didalam peti ais..keluarkan bila nak makan.....
Wah..!! meriah sungguh..macam ada orang kawen ajer..dengan air bandung nye..air bandung tak dapat nak pamerkan..sebab tak nyempat sy nak snap gambar bateri abis plak..nak tunggu cas..semua dah licin..
Teka sapenya pinggan?? wakakaka..
0 comments on "My Anniversary"
Post a Comment