Saturday, June 13, 2009

Cerita Dipagi Yang Gelap.. Episod 1

Posted by Cinta Hatiku at 11:34 PM
Cerita ni takde kene mengena yang hidup ataupun yang mati..saje reka cipta..untuk tatapan Umum...ceritanye berbunyi begini

Disuatu pagi yang gelap...(ceh..!! intro tak best langsung) Dikota metropolitan yang agak sunyi..Sebab waktu tu belum azan subuh lagi...Kelihatan dua orang rakan sejawatan sedang berbual..

"Sudahla Man, lupakan ajer dia" pujuk Bad."Tak boleh Bad..Tak boleh..Dia sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku..Aku cintakan dia." Man berkeras dan seperti tak puas dengan pujukan Bad. Man seperti mau dipujuk lagi. "Itu aku tahu man, tapi yang lepas tu biarlah lepas. Kau kena terima ni semua dengan hati yang terbuka. Ini adalah kenyataan Man". Bad seterusnya menyedarkan kawannya bahawa tiada gunanya meratap sebuah perpisahan.

Sejurus kemudian, Man menangis teresak-esak. Buruk muka orang tua kalau menangis, bisik Bad dalam hati. Malunya kalau orang nampak nanti, dah lah terkenal seluruh dunia."Ok la Man, aku tahu kau tension. Luahkan la apa yang ada dihati kau tu..Lepas ni kau mesti rasa lega". Man menangguk-angguk dan tangisan semakin perlahan. Bad tersenyum melihat perubahan itu.

Hhhssssshhh......

Man menarik nafas panjang.Tangisannya reda dan dia mula meluahkan isihatinya. Bad menghulurkan tisu dari poketnya setelah melihat hingus Man yang sudah meleleh. Kelihatan meloyakan tekaknya. Pengotor tul la budak ni, hish..! detik hati Bad. Dia tidak faham dengan sikap kawannya itu. Hanya pasal seorang perempuan pun dah hilang akal. Kalau orang dah tak suka tu terima je lah. Ini tak, Bad yang kena panggil awal pagi nak kena redakan.Mana taknya, habis Man mengamuk. Harta benda awam semuanya diranapkan. Tak pikir langsung hak orang lain.

"Memula aku nak mintak maaf la Bad sebab menyusahkan kau awal pagi ni. aku bingung la.."Man mula bercerita. "Kau pun sendiri tahu aku dah kawan dengan dia lebih dari dua tahun, takkan tak boleh terima diri aku seadanya. Aku tak perfect kau tahu kan?" suara Man tersekat-sekat bercerita. "semua orang tak perfect la Man". Bad menjawab. " Dia seperti tak mengerti perasaan aku. Orang lain leh terima diri aku seadanya, mengapa dia tak boleh? Dia langsung tak paham masalah aku." sambung Man. "Ye la, memula dulu sekadar kawan dia tak kisah sangat. Tapi bila dah suka kat kau, dia mula la nak ubahkan diri kau ikut selera dia. Perempuan macam tu la Man, apa yang tak sedap dimata diorang. Diorang cuba ubah, walaupun kita tak berapa suka. Diorang pulak cepat merajuk.. kalau kita tak ikut cakap dia mula la merajuk." Bad cuba meneka masalah yang dihadapi oleh Man.

Bersambung....

Soalan cepu emas.
  1. Apakah masalah yang dihadapi oleh Man?
  2. Adakah Bad berjaya memujuk hati Man yang berduka lara?
  3. Bagaimanakah kesudahannya nanti?

Jangan lupa episod yang berikutnya di post akan datang..

www.tips-fb.com

1 comments on "Cerita Dipagi Yang Gelap.. Episod 1"

Krai Utara on June 14, 2009 at 6:22 PM said...

Collecting Blogs
Para blogger yang dihormati,

Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

terima kasih, diatas sokongan.

I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

1. Your blog's name.
2. Your blog's url.
3. Your blog's category.

Thanks for support.