Monday, May 26, 2008

KISAH MALAM PERTAMA..

Posted by Cinta Hatiku at 8:02 PM
KISAH MALAM PERTAMA..yang di Photobucket kan oleh seorg teman daripada seorg temannya.. kepada temannya yang satu lagi...dan cerita disebalik cerita ...tah sape punya cerita tah...sy pun tak tahu..bunyi macam marah ajer..walaupun dalam Photobucket..sy dapat rasa kan gitu..ihikhikhehehehe...

Suasana masih riuh di luar.. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur..Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum! " ke telinganya untuk Menguji isteriku."Waalaikummussalam. " Rupanya isteriku masih belum tidur.. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akan kutunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg. ...."

"Tik..tik..tik. .tik..."

"Kring.. kring..kring. ."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku..
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree..kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan... Potong stim betullah!!!

TAMAT


Pengajarannye..buka leerRRRR hadiah tuu duluuPhotobucket..hehehe..tp korang ni tak baik tau...bg hadiah yang sama jer...jam siap dah kunci loceng lagi.....wakakaka...seksa org tu tau..bil air dah tertunggak...wahh!!!...statment..MATI LA...ihikhikhehehehe...ape pun buat la mcm sy...bagi hadiah kat kawan sy sorg ni...BERUS JAMBAN... BATU LESUNG..ala ala barang yang diorg akan guna kan..hehehehe..sebab lepas kawen mesti pindah umah kan...mesti takde barang mcm tu...seksa kawan sy tu..katanye la..tp dia berterima kasih jugak kat sy...sebab tak payah nak pikir beli benda tu lagi...sebab sy dah hadiahkan...Wahhh!!!love menghargai gitu...
www.tips-fb.com

0 comments on "KISAH MALAM PERTAMA.."