Friday, July 6, 2012

Indahnya Bila Bersabar

Posted by Cinta Hatiku at 4:39 PM
Assalamualaikum semua
wah kejap jer kan masa berlalu
alhamdulillah
aiman dah hampir pulih
darwisy pulak sedang dalam process treatmentnya
cik abg kena jaga pemakanannya
kolestrol dan darah tingginya mengancam kesihatannya
saya plak skrg telah kurangkan
aktiviti surirumah
en suami banyak membantu
dan yang paling penting aktiviti berfacebook
hehehe
sedar tak sedar
lagi beberapa hari jer dah nak ramadhan
dan dalam cepat masa berlalu
alhamdulillah
dugaan demi dugaan
diuji dalam menguji keimanan diri
dan saya belajar untuk tabah dan redha dgn ketentuan Allah
semuanya telah dijelaskan
bahawa kehidupan ini penuh dengan ujian dan cubaan
sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya
sebagaimana tertulis didalam Al-Quran

surah Al-Imran : Ayat 200
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran

surah Al-Baqarah : Ayat 155-156
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

apa pun perkara yang penting
dalam menghadapi sesuatu ujian dan cubaan
adalah KESABARAN
dan ditambah dengan iringan DOA
alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah

PERLU INGAT
dalam mengubati penyakit
doa dan harapan yang bersungguh-sungguh kepada Allah
sangat la memberi kesan
dan manfaat di samping makan ubat yang diberikan
meminta pertolongan orang lain
supaya berdoa kepada Allah bagi diri kita adalah harus
dan hendaklah sentiasa bersabar
menanggung penyakit yang menimpa diri
kerana penyakit itu juga sebahagian dugaan daripada Allah

surah Al- Imran : Ayat 29
Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

SENYUMLAH
sesungguhnya apa yang membebankan atau menyusahkan kita
itu tanda Allah SWT mencintai dan menyayangi kita
yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya

: Rabbighfirli warhamni wajburni warfa’ni warzukkni wahdini wa’afini wa’fu ‘anni
Tuhanku! Ampunilah aku, Rahmatilah aku, Cukupkanlah aku, Angkatlah Darjatku, Berikan aku Rezeki, Berikan aku Petunjuk Dan Sihatkanlah aku Dan Maafkanlah aku.
www.tips-fb.com

0 comments on "Indahnya Bila Bersabar"