Tuesday, April 17, 2012

Surah Al Hujurat Ayat 12

Posted by Cinta Hatiku at 12:40 PM

Wahai orang-orang yang beriman Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati

Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut
dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani.



Photobucket
Pengajaran Dari Ayat
seorang Islam yang beriman
seharusnya tidak menzahirkan sebarang anggapan buruk
terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis
dari Rasulullah SAW yang dilapurkan oleh Abu Hurairah
Allah SWT tidak akan melihat niat buruk seseorang itu
sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya
.riwayat Bukhari dan Muslim.

Dilapurkan, berkata Umar Al-Khattab
Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan,
fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja
dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga
riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik

Ayat ini imulakan dengan larangan AllahSWT terhadap mengumpat
yang lahir dari perasaan syak-wasangka.
Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama
yang meruntuhkan persaudaraan ukhwah sesama Islam.

Rasulullah SAW pernah ditanya
Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu
Rasulullah SAW menjawab,
Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka
ditanya lagi
Bagaimana kalau ianya benar
Rasulullah SAW menjawab
Sekiranya apa yang kau katakan itu benar
engkau telah melakukan ghibah
dan sekiranya tidak, engkau telah melakukan fitnah


: Semoga diberi petunjuk dan hidayah. selamat beramal
www.tips-fb.com

0 comments on "Surah Al Hujurat Ayat 12"