Friday, March 9, 2012

Breast Feeding : Foremilk And Hindmilk

Posted by Cinta Hatiku at 6:50 PM
Assalamualaikum semua
semoga sentiasa sihat hendaknya
alhamdulillah dapat jugak date blog
sibuk tu takde la
cuma tak berkesempatan jer
so harini nak story
pasal susu ibu
nowdays dah ramai ibu²
yang menyusukan baby mereka
dgn susu ibu secara exclusive
walaupun ibu itu berkerjaya
syabas saya ucapkan
saya pun tak ketinggalan juga
nak berikan yang terbaik untuk si manja

Photobucket
kenape susu ibu terbaik
saya rasa semua ibu² dah tahu
so saya tak nak story pasal
kebaikan susu ibu
tapi apa yang saya nak story
dalam entri kali ni
adalah tentang
Photobucket

foremilk susu awaldan hindmilk susu akhir
picture credit to google image
yang cair tu adalah fore milk
manakala yang pekat tu adalah hindmilk

teringat org dulu²
zaman arwah mak dan ayah saya
selalu ckp kat my sister
breast belah kanan makanan
belah kiri air
dari mane fakta yg diorg dapat
pun saya tak pasti
actually saya pun pernah gak terpikir
dari anak first sampai la anak ketiga
kenapa bile perah time breast bengkak
warna susu nampak cair
kalau bile lepas baby menyusu direct
dan perah susu agak pekat
dlm terpikir tu tertanye la kat en suami

ada ke patut dia jawab
internet pasang kat rumah
bukan untuk facebook, twiter
dan blogging jer
dgn riak muka tak bersalah
pasang untuk timba ilmu
banyak benda bleh cari kat internet tu
amik ko, mcm kena sepak kat muka gitu

padan muka diri sendiri
soalan dah betul
tanye pada kaunter yang salah
so saya pun start la google
banyak jawapan saya dpt tentang
foremilk susu awal
dan
hindmilk susu akhir
so kesimpulan yg saya nak buat
adalah

Photobucket

foremilk susu awal
susu yang dihisap oleh baby
pada awal hisapan
hinggalah 15 minit pertama
kandungan air yang lebih tinggi
dan kurang lemak
ianya lebih kepada menghilangkan dahaga

hindmilk susu akhir
susu yang dihisap oleh baby
selepas 15-20 minit hisapan
kandungan air yang agak kurang
tinggi lemak dan kalorinya
bergantung pada pemakanan si ibu
dan mengenyangkan baby

dlm kesimpulan ni
saya rumuskan
adalah terbaik jika
si ibu dapat menyusukan
baby anda lebih lama
mcm saya buat la
mau dekat jam lebih
saya susukan anak saya
dan dari situ la saya tahu
kenapa ke tiga² anak saya
semua nye montel tak hingat
so...
adakah anda buat mcm ape yg saya buat
kalau tidak..bertindak la dari sekarang
jika anda inginkan baby anda
chomey..gebu dan montel


: untuk ibu yang berkerja..campurkan susu perahan awal dan susu perahan akhir agar ianya balance selamat mencuba
www.tips-fb.com

2 comments on "Breast Feeding : Foremilk And Hindmilk"

noradzlina.kamdani on March 13, 2012 at 11:52 AM said...

oo..thanx for the info..

Cinta Hatiku on March 17, 2012 at 6:14 PM said...

sesama♥