Saturday, September 6, 2008

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa!!!

Posted by Cinta Hatiku at 4:41 PM 0 comments
Setiap muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada janji-janji Allah dan Rasulnya pasti bergembira menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada setiap tahun. Begitu juga dengan tahun 1429H ini di mana kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah Subhanahua Taala menyambut dan meraikan ketibaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan pahala, dengan kegembiraan serta iman taqwa yang teguh. Hanya mereka yang lemah iman sahaja yang merasa cemas dan risau dengan kunjungan Ramadhan. Begitu juga dengan mereka yang tidak mengenali fadhilat atau keberkatannya. Tetapi bagi orang yang dapat memahami fadhilatnya akan menunggu dengan jiwa kesyukuran seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasullullah S.A.W melalui hadisnya yang bererti "Sekiranya umatku mengetahui kemulian dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan kedatangan Ramadhan itu di sepanjang tahun".


Mengambil sempena keagongan Ramadhan, marilah kita meletakkan azam untuk menaikkan maruah dan sahsiah dengan menambah iman taqwa kepada Allah, sekurang-kurangnya dengan berpuasa pada siang hari dan bersalawat tarawih pada malam harinya. Orang yang menghormati tuntutan Ramadhan bererti memuliakan dirinya dan mencemari Ramadhan bererti ia menjatuhkan harga dirinya sendiri.


Ape pun seminggu sudah kite menunaikan ibadah puasa Photobucket..Pesan sy..jgn mengikutkan nafsu bile time berbuka tu..Photobuckethehehe..Selamat berpuasa...!!!
www.tips-fb.com