kenapa aduhai hati
Apakah yang menyebabkan sakit hatimu..
Bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. Pecahnya hatimu..
Mungkin itulah yang Dia mahukan..Kerana Dia tahu, HATI
Wahai HATI
Berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata
Walaupun hidup ini tak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak mampu lagi bertahan
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..
Hiduplah dalam iman walau hidup di penuhi godaan..
Dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan..
Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman..
INGAT la wahai HATI
"Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengharaplah kepada Allah semata-mata..
Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..
Aduhai HATI
Aduhai HATI
Bukankah keperitan itu juga dari Allah..
Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..
Bukankah kesempitan itu juga dari Allah..
Aduhai HATI
Aduhai HATI
Wahai HATI
Pasti kau temui jalannya nanti..
Wahai HATI
Carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..
Moga kasihNya, menyinari hari-hari yang menanti..


2 comments on "Sekeping Hati..."
hadapi dengan senyuman
senyumlah pada takdir. insyaALLAH takdir akan tersenyum padamu kelak :)
mari senyum :D
Post a Comment